PERBANDINGAN ANTARA MODEL KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR

PERBANDINGAN ANTARA MODEL KOMPUTER RIBA

Pertama sekali , berdasarkan spesifikasi berat, komputer riba yang paling ringan ialah seberat 1.33 kg (2.93) iaitu Dell XPS 13 dan 2.1 kg untuk Acer Aspire E14 dan HP Pavillion Notebook PC14 . Seterusnya, setiap komputer mempunyai RAM yang berbeza. Cip RAM selalunya berada dalam modul memori dan dimasukkan ke dalam slot memori. Semakin besar RAM, semakin cepat proses sesebuah komputer itu . Antara 5 komputer itu, kita dapat simpulkan bahawa Acer Aspire E14 mempunyai RAM yang paling besar iaitu sebanyak 16 GB berbanding dengan Dell XPS 13 dan HP Pavillion Notebook PC14 yang mempunyai RAM hanya 8GB . RAM yang paling kecil ialah 2GB DDR3 memory di dalam Acer Aspire ES 15. Kelajuan pemproses yang paling tinggi pada masa ini adalah generasi yang kelima iaitu pemproses Intel Core i7 yang dimiliki oleh HP Pavillion Notebook PC14. Acer Aspire ES 15 tidak disyorkan di antara kesemua laptop kerana ia mempunyai pemproses yang paling perlahan dan RAM yang kecil walaupun harganya paling murah antara semua komputer riba. Pengguna laptop ini harus menambah RAM selepas membeli untuk meningkatkan lagi prestasi laptop itu.

PERBANDINGAN ANTARA MODEL TELEFON PINTAR

Pertama, berdasarkan spesifikasi berat telefon, Samsung Galaxy J1 adalah telefon bimbit yang paling ringan yang mempunyai berat dalam jumlah 122g (4.30 oz) manakala iPhone 6 Plus adalah yang paling berat kira-kira dalam 172 g (6.07 oz). Selain daripada itu, untuk spesifikasi band rangkaian, kelajuan tertinggi adalah rangkaian 4G. Jadi, antara lima telefon bimbit, hanya dua daripada mereka mempunyai band rangkaian 2G, 3G & 4G iaitu Oppo A37 dan iPhone 6 Plus. Asus Zenfone, Samsung Galaxy J1, dan Samsung Core Prime hanya mempunyai rangkaian 2G dan 3G. Berdasarkan sistem operasi (OS), iPhone adalah sistem operasi yang terbaik iaitu iOS 8. Sistem operasi terkini untuk android adalah Android OS, v5.1 (Lollipop) yang dimiliki oleh Oppo A37. Untuk spesifikasi ini, kami telah membuat kesimpulan bahawa iPhone 6 Plus mempunyai ketahanan bateri yang paling lama, Li-Po 2915 mAh battery (11.1 wh) manakala Samsung Galaxy J1 mempunyai keupayaan bateriyang paling rendah iaitu Li-Ion 1850 mAh battery.

Leave a comment